|

Author |
Post time 2019-7-21 12:40 AM
From mobile phone
|
Show all posts
Edited by ro4peace at 2019-7-21 12:43 AM
GodxScarlet replied at 2019-7-20 10:34 AM
untuk masalah kamu sebaiknya segera menghubungi CS kami dari dalam game dengan cara klik icon oran ...
Terima kasih untuk maklum balas pihak tuan.
Tapi, berhubung dengan maklumat yang tuan beri, saya mempunyai madalah untuk log masuk ke dalam game kerana apabila saya cuba mulakan Mobile Legends APP, akan keluar notis yang mengatakan saya telah di banned. Jadi, apa yamg saya boleh buat adalah cuma tekan menu yang terpapar dan dipaksa close aplikasi Mobile Legends.
Disini, saya ingin mendapatkan pencerahan, adakah boleh jika saya membuat permohonan permasalahan menggunakan akaun MLBB atau HANDPHONE yang lain contoh nya, akaun dan handphone kepunyaan kawan saya. Jika, itu adalah caranya, saya pasti akan menurut untuk menuntut permohonan akaun saya yang telah dibanned secara tidak adil bagi saya kerana, saya tidak menggunakan hhack atau menimbulkan kerugian pada pihak Moonton. Hanya kecuaian saya dan sikap terburu buru saya untuk mencuba benda baru yang secara tidak langsung menjadikan saya pemain yang telah melanggar peraturan Moonton iaitu memuat turun dan memasang serta menggunakan produk bukan dari sumber yang sah.
Untuk pengetahuan tuan, saya telah menghantar email kepada moonton sejurus sahaja akaun saya di banned iaitu pada 15 Julai 2019 tetapi masih tiada maklum balas oleh pihak Moonton dan saya masih menunggu tindak balas berkaitan permohonan saya ini.
Jika tuan boleh berhubung terus kepada pihak bahagian keselamatan akaun, bolehkah saya meminta pertolongan dari pihak tuan bagi mempercepatkan proses kerana ia telah mengganggu kegiatan dan hobi harian saya iaitu bermain Mobile Legends. Harap sedikit usaha dari pihak tuan dapat melancarkan permohonan saya. Terima kasih sekali lagi tuan.
ID : 121874218 (2609)
IGN : HUNT NamiN
FB : http://www.facebook.com/NamiNOkaii
Last Rank : Epic II ( MAX Mytic 15 Star )
Last Active : 15 Julai 2019 |
|