Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 1089|Reply: 6
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.5.46 (Advanced Server)

[Copy link]
Post time 2021-1-10 12:37 PM | Show all posts |Read mode

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Daripada Pereka:

Salam!  Selamat Tahun 2021!  Fokus bulan ini ialah Kejohanan M2.  Sayangnya kita tak boleh menyaksikan perlawanan yang menarik itu bersama-sama secara langsung.  Tahun ini, kami bakal menayangkan perlawanan 5v5 peringkat teratas "Kejohanan M2" kepada anda semua dalam talian!  Bermula pada 18hb sehingga 24hb Januari, ingatlah untuk menyaksikan siaran langsung perlawanannya di saluran Youtube rasmi kami, laman FB rasmi kami atau ruang muka Kejohanan dalam permainan.

Selain itu, legenda, juara tinju "Paquito" bakal tiba di Land of Dawn!

Terima kasih atas sokongan berterusan anda terhadap MLBB!  Kami menantikan tahun baharu yang menakjubkan bersama-sama!


I. Wira Baharu

Wira Baharu [Paquito], Heavenly Fist, bakal tersedia bermula pada 15hb Januari (Masa Server).  599 Berlian.  32,000 BP.



II. Penyelarasan Wira

Guna tanda (→) untuk menunjukkan Perubahan.

Guna tanda (↑), (↓), (~) untuk menunjukkan Dipertingkatkan, Diperlemahkan, dan Diselaraskan.


[Brody] (↑)

Atribut (↑)
Pertumbuhan Serangan Fizikal: 13 → 13.5.

[Mathilda] (~)

Oleh kerana Teknik 2-nya, kesinambungan daripada pasukannya nampak terlalu berkuasa di lewat permainan, jadi kami memutuskan untuk melemahkannya, sambil meningkatkan kerosakan Teknik Muktamad dirinya untuk menjaga keseimbangan.

Teknik 2 (↓)
Perisai dan Peningkatan Kelajuan Pergerakan: 4s → 3s.

Muktamad (↑)
Kerosakan Kuasa Magik Tambahan yang disebabkan oleh Wisps: 10% → 12.5%.

Menambah penunjuk amaran bagi kawasan kesan daripada Kerosakan Teknik 1.

[Carmilla] (↑)

Kami mengembalikan satu atribut bagi Pasif dirinya untuk meningkatkan kesinambungan dirinya dalam pertempuran.

Pasif (↑)
Pertahanan musuh yang dicuri: 5-10 → 6.4-12.

Mengoptimakan Binaan yang disyorkan.

[Ling] (↓)

Pada patch yang lepas, kami meningkatkan Janaan Tenaga Ling untuk mengimbangi kesan pelemahan daripada Kerosakan burst dirinya.  Walau bagaimanapun, penyelarasan ini membawa kesan yang jauh lebih besar di Original Server daripada Advanced Server.  Dengan mempertimbangkan keseimbangan keseluruhan, kami memutuskan untuk mengembalikan peningkatan ini dari 2 sehingga 1. Kami sangat meminta maaf atas semua kesilapan yang diakibatkan.  Kami akan lebih bijak dan berhati-hati dalam menilai setiap penyelarasan untuk mengelakkan masalah yang serupa.

Pasif (↓)
Janaan Tenaga Asas: 5 → 4.
Bilangan Janaan Tenaga ketika berada di dinding: 10 → 9.

[Lapu-Lapu] (↓)

Pasif (↓)
Perisai Asas: 400 → 250.

[Jawhead] (~)

Sebagai Wira Fighter, Jawhead mempunyai kesinambungan di awal permainan yang berkuasa dan kerosakan burst lebih tinggi daripada Wira Tank, yang kerap menyekat penggunaan beberapa Wira Tank.  Oleh itu, kami menyelaraskan HP Maksima dirinya di awal dan lewat permainan supaya lebih bersuaian dengan peranannya sebagai Wira Fighter.

Atribut (~)
HP Asas: 2778 → 2658.
Pertumbuhan HP: 215 → 223.

[Lancelot] (~)

Teknik 1 (~)
Mengoptimakan Teknik penyasaran.

[Paquito] (~)

Mengingat fleksibiliti dan kelebihan Teknik 1 dirinya di tengah dan lewat permainan, kami memutuskan untuk mengurangkan kerosakan dirinya dan meningkatkan atribut lain.

Teknik 1 (↑)
Nisbah Perisai selepas Peningkatan Teknik: 100% → 110%.

Teknik 2 (↓)
Kerosakan Asas: 250-600 + 120% Serangan Fizikal → 250-550 + 100% Serangan Fizikal.
Kerosakan yang Ditingkatkan: 400-960 + 204% Serangan Fizikal → 400-880 + 150% Serangan Fizikal.

Muktamad (↑)
Kerosakan bagi serangan pertama: 125-175 + 25% Serangan Fizikal → 250-350 + 50% Serangan Fizikal.

[Argus Diubahsuai] (~)

Kami telah mengemaskini paparan model, pergerakan dan kesan khasnya, grafik yang lebih baik dan menjadikan prestasi Tekniknya lebih lancar.

[Lain-lain]

Dengan pengembangan dan perubahan yang telah kami buatkan di MLBB, permainan daripada beberapa Wira mungkin juga telah berubah secara berangsur-angsur, bersesuaian dengan pengaturan peran asalnya.  Untuk membuatkan perkara ini lebih jelas kepada pemain kami, terutama pemain baharu, kami merancang untuk membuatkan pengoptimaan dalam aspek berikut secara berkala:

Balmond: Tank/Fighter → Fighter.
Ruby: Tank/Fighter → Fighter/Tank.
Lapu-Lapu: Fighter/Assassin → Fighter.



III. Wira Percuma Mingguan & Skin Baharu

1. Skin Baharu Paquito [Death Blow] bakal tersedia bermula pada 15hb Januari (Masa Server).  269 Berlian.  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

Wira [Paquito] dan Skin [Death Blow] bakal dipakejkan dan tersedia bermula pada 15hb Januari (Masa Server).  DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

2. Skin Baharu Clint [Shadow Omen] boleh didapati dari dalam Acara "Pas Kejohanan M2", yang bermula pada 12hb Januari (Masa Server).

3. Penyelarasan di dalam Kedai Fragment pada 13hb Januari (Masa Server)

a.  Kedai Fragment Skin Langka:

Bakal ada: Guinevere [Lotus], Claude [Plunderous Pirate], Fanny [Royal Cavalry], Moskov [Snake Eye Commander], Akai [Akazonae Samurai], Alice [Steam Glider].

Bakal dikeluarkan: Karina [Black Pearl], Clint [Rock and Roll], Angela [Shanghai Maiden], Argus [Dark Draconic], Karrie [Dragon Queen], Lunox [Ash Blossom].

b.  Kedai Fragmen Wira:

Bakal ada: Aurora, Ling, Harith, Lapu-Lapu, Hilda, Clint.

Bakal dikeluarkan: Valir, Chang'e, Karrie, Benedetta, Atlas, Guinevere.

4. Wira Percuma:
Masa Server 8/1/2021 05:01:00 sehingga 15/1/2021 05:00:00

8 Wira Percuma: Bane, Atlas, Akai, Harley, Kimmy, Martis, Kadita, Khufra.

6 Wira Tambahan Ahli Starlight: Alucard, Pharsa, Vexana, Vale, Esmeralda, Ling.

5. [Pas Magic Chess] bakal dikemaskini pada 30hb Januari (Masa Server).  Beli untuk mendapatkan Skin Little Commander Buss baharu "Astrologer" dan Papan Chess baharu "Silent Ridge".



IV. Penyelarasan Medan Pertempuran

1. Menambah kesan khas umum bagi Wira-wira berikut ketika mereka mendedahkan kedudukan sasaran guna Teknik: Hayabusa, Aldous, Mathilda, Yi Sun-shin, Moskov, Argus, Nana, Angela, Gusion, Chang'e, Kaja, Belerick, Granger, Terizla, Wanwan, Silvanna, Carmilla, Atlas, Popol dan Kupa, Barats.

2. Mengoptimakan pergerakan Wira ketika membunuh minion.

[Creep]

1. Penyu

Pada patch yang lepas, kami telah berjaya untuk menyukarkan kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan buff penyu.  Tetapi, walaupun kami meningkatkan pertahanan Penyu, ia kerap mudah dibunuh dalam 3 minit sahaja.  Oleh itu, untuk menjadikannya lebih mencabar ketika mengambil Penyu sejak permulaan, kami bakal menyelaraskan pertahanannya lagi di patch ini.  Pertahanan Penyu kini bersesuaian dengan masa perlawanan.

Pertahanan Fizikal dan Magik: 80 → 15 +10 (menimbang dengan masa)

Membaiki masalah yang menyebabkan minion di dua lorong sisi bertukar sesekali selepas Penyu terbunuh.  Kini, Lorong Exp dan Lorong Gold tak berubah selepas perlawanan dimulakan.



V. Fungsi & Acara Baharu

1. Acara M2: Tersedia bermula pada 12hb sehingga 30hb Januari.  Lengkapkan tugasan untuk mengumpul Syiling M2 dalam acara tersebut dan menukarkannya dengan ganjaran hebat!

2. Battle Night: Tersedia bermula pada 30hb Januari.  Banyak ganjaran, termasuk Skin berkualiti Asas dan lebih tinggi lagi, sila nantikan!

3. Pembaharuan Acara Isi Ulang Berlian

Acara Isi Ulang Berlian Pertama dan Pembaharuan Pertama yang baharu akan bermula pada 12hb Januari.  Lebih daripada 3 ganjaran pilihan akan ditawarkan untuk anda pilih!

a.  Buat pengisian semula pertama untuk memilih satu daripada beberapa Wira kekal secara PERCUMA dalam Acara Pengisian Berlian Pertama!

b.  Buat pengisian semula untuk memilih satu daripada beberapa Skin kekal secara PERCUMA dalam Acara Pembaharuan Pertama!



VI. Penyelarasan Sistem

1. Mengoptimakan prosedur Rayuan bagi pemain yang dilaporkan selepas perlawanan.

2. "Mod Arked" dipindahkan ke sudut kanan atas di ruang muka pemilihan mod.



VII. Pembaikan Pepijat

[Medan Pertempuran]

1. Membaiki masalah yang mengganggu Recall bagi Jawhead ketika mana-mana rakan sepasukan membeli ramuan anti-Teknik 2 Jawhead.

2. Membaiki masalah di mana Teknik Muktamad Lesley tak berakhir selepas beberapa peluru pertama membunuh Atlas semasa keadaan Ejected.

3. Membaiki masalah paparan daripada Penunjuk Teknik bagi Teknik 2 Clint pada peta mini.

4. Membaiki masalah di mana musuh boleh mendengar Benedetta ketika meng-caj Tekniknya di dalam semak.

5. Membaiki masalah di mana Mathilda tersekat selepas melancarkan Muktamad.

6. Membaiki masalah di mana Pasif Belerick tak mempengaruhi HPnya yang diperoleh daripada Emblem sebelum membeli Peralatan dalam perlawanan.

7. Membaiki masalah di mana Teknik tak mempengaruhi Serangan yang ditawarkan oleh Emblem Marksman "Weapon Master" sebelum pemain membeli Peralatan dalam perlawanan.

8. Membaiki masalah yang menyebabkan kesan khas daripada Buff Penyu dan Peralatan "Wind of Nature" berulangan tak wajar.






Mobile Legends: Bang Bang

Related collections:

  • · Pass|Threads: 17, Subscribe: 0
Post time 2021-1-10 05:08 PM | Show all posts
{"
  1. https://m.mobilelegends.com/en/video/
Copy the Code
"}
Post time 2021-1-10 05:09 PM | Show all posts
https://m.mobilelegends.com/en/video/
Post time 2021-1-12 11:35 PM | Show all posts
Edited by ㅡMWMㅡ at 2021-1-12 11:38 PM

Datas:{
https://forum.mobilelegends.com/forum.php?mod=post&action=reply&fid=64&tid=82183
};{
https://player.me/g/mobile-legends-bang-bang
};{
https://www.twitch.tv/broadcast/studio };
{ https://dashboard.twitch.tv/u/lm3a/broadcast
}

871504307

871504307
Vpey2.jpg
 Author| Post time 2021-1-13 12:12 AM | Show all posts
ㅡMWMㅡ replied at 2021-1-12 11:35 PM
Datas:{
https://forum.mobilelegends.com/forum.php?mod=post&action=reply&fid=64&tid=82183
};{

Hi @ㅡMWMㅡ

adakah yg boleh sya bantu pasal pautan yang awak sediakan di atas tu?

btw, nice jgak zhask artnya
Post time 2021-1-13 06:11 PM | Show all posts
Ncup.Ajh replied at 2021-1-13 12:12 AM
Hi @ㅡMWMㅡ

adakah yg boleh sya bantu pasal pautan yang awak sediakan di atas tu?

Yok..gini saya mahu hero fav mengunakan suara latar yang boleh saya ciptakan dengan trimkan suara rec dan input voice pada fsv hero tadi..bsgaimsnakah saya bisa bikin itu..pernah anda bikk itu.?saya mahu cari prngalaman sdbehini..
Post time 2021-1-13 07:15 PM | Show all posts
Edited by ㅡMWMㅡ at 2021-1-13 07:17 PM

{
<[\iframe]/<embed>
"
  1. https://m.mixcloud.com/paulvandyk/paul-van-dyks-vonyc-sessions-433-aly-fila[quote]{
  2. <[\iframe]/<embed>
  3. " https://m.mixcloud.com/paulvandyk/paul-van-dyks-vonyc-sessions-433-aly-fila/ "<embed>/[\iframe]>
  4. }@MobileLegend:BangBang [/quote]
Copy the Code
/ "<embed>/[\iframe]>
}@MobileLegend:BangBang
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2023-3-23 01:26 AM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list