Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 238|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.6.08 (Advanced Server)

[Copy link]
Post time 2021-8-13 11:02 PM | Show all posts |Read mode
Nota Patch 1.6.08
(Advanced Server)
[Daripada Pereka]
Dalam patch ini, kami melancarkan sebilangan besar kandungan musim baharu. Untuk musim baharu, kami mahu untuk Wira Marksman boleh farm dengan lebih baik dekat lorong emas daripada dekat Jungle dan kami akan terus mengoptimakan pengalaman permainan Wira Marksmen tertentu secara berasingan.
Kami berharap penyelarasan ini boleh membawa peningkatan dalam kadar prestasi Wira Marksman dalam perlawanan peringkat tinggi, terutama Wira Marksman yang sudah lama tak nampak di dalam medan pertempuran.
Penyelarasan ini tak akan dikeluarkan dalam patch Original Server baru-baru ini dan akan dikembalikan sebelum patch diterapkan.
I. Penyelarasan Wira
[Sun] (~)
Sun kini boleh berterusan mengganggu musuh-musuhnya dengan guna Doppelgangernya, jadi tentunya musuh kena mendapat ganjaran kerana membunuh Doppelganger daripada Sun. Tetapi ganjaran semasa mungkin sikit terlalu tinggi, jadi kami membuatkan beberapa penyelarasan ini.
Ganjaran kerana membunuh Doppelganger Sun telah dikurangkan, tetapi ganjaran emas pada pertengahan dan lewat permainan sikit meningkat.
[Valir] (↑)
Sebagai seorang Mage, Valir mestinya boleh membersihkan lorong dengan lebih pantas.

Teknik 1 (↑)
Kesan Baharu: Membunuh Minion dan Creep guna Teknik 1 kini juga memberikan caj.
[Alpha] (↑)
Atribut (↑)
Pertahanan Fizikal Asas: 20 → 25.

Teknik 2 (↑)
Cooldown: 7-4s → 6-4s.
[Fanny] (↑)
Teknik 1 (↑)
Kerosakan Asas: 280-480 → 320-520.
Bilangan Serangan Fizikal tambahan: 90% → 80%.
[Kaja] (↑)
Kami mahu Kaja lebih menyerupai seorang Wira Fighter dari segi mekanik teknik, jadi kami memperkuat keupayaan pertempurannya yang berterusan selepas dilemahkan pada patch sebelumnya.

Atribut (↑)
Pertahanan Fizikal Asas: 16 → 21.

Pasif (↑)
Kesan Baharu: Serangan Asas yang ditingkatkan kini boleh mengembalikan HP.

Teknik 1 (↑)
Kesan Baharu: Menyerang Minion kini juga boleh mengurangkan cooldown daripada Pasif sebanyak 0.3s.

Muktamad (↓)
Mengeluarkan Penembusan Pertahanan Magik.
[Harley] (↑)
Kami memutuskan untuk mengembalikan kelemahan pada Teknik 1 Harley dengan tahap tertentu.

Teknik 1 (↑)
Kerosakan Asas: 120-200 → 130-210.
[Pharsa] (↑)
Kerosakan Asas daripada Pasif tak boleh meningkat mengikut level wira, jadi kami membuatkan beberapa penyelarasan ini. Kami juga mahukan untuk Teknik 2-nya boleh dilancarkan lebih kerap.

Pasif (↑)
Bonus Kuasa Magik: 80% → 100%.

Teknik 2 (↑)
Cooldown: 5.5s → 5s.
[Balmond] (↓)
Prestasi penggunaan Balmond yang baharu sikit melebihi jangkaan kami, jadi kami mengurangkan kesan pengembalian HPnya.

Pasif (↓)
Pengembalian HP Maksima selepas membunuh Minion atau Creep: 8% → 5%.
[Karina] (↑)
Pasif (↑)
Pengurangan Cooldown untuk Teknik 1 & 2: 1s → 1.5s.
[Kimmy] (↓)
Serangan Asas (↓)
Bonus Kuasa Magik: 24% → 23%.

Teknik 1 (↓)
Bonus Kuasa Magik: 24-29% → 23-28%.
Mengurangkan luas teknik.
[Yve] (↑)
Mengoptimakan peraturan untuk pengembalian mata cooldown Muktamad semasa dalam gangguan teknik kawalan musuh.

Muktamad (↑)
Selepas diganggu oleh teknik kawalan, pengembalian mata cooldown dikembalikan mengikut Galactic Power yang tersisa, 39 untuk setiap timbunan.
[Aulus] (↓)
Pasif (↓)
Peningkatan Kelajuan Pergerakan pada Timbunan Maksima: 20% → 15%.
[Natan] (↑)
Kami nampak bahawa Binaan dan Emblem yang Natan gunakan sangat dihalang selepas penghapusan penukaran kesan penembusan dan mengurangkan kesan ini. Kami juga mengoptimakan pengalaman pelancaran Muktamad.

Pasif (~)
Natan boleh menukar Penembusan Fizikalnya kepada Penembusan Magik pada kadar 50%.

Muktamad (↑)
Sikit meningkatkan julat pelancaran.
Sikit mengurangkan julat pembatalan.
Kesan Baharu: Pengembalian mata timbunan mengikut tempoh teknik yang tersisa.
Penyelarasan kepada Wira berikut ialah untuk kandungan musim baharu pada bulan September dan tak akan dilancarkan di dalam patch Original Server seterusnya.
[Odette Diubahsuai] (↑)
Kami mengubahsuai Teknik 2 Odette, dengan harapan untuk ianya boleh menjadi yang lebih baik untuk Pasif dan Muktamad miliknya.

Teknik 2 (Diubahsuai)
Odette melepaskan bola tenaga magik ke hadapan, masing-masing mengakibatkan Kerosakan Magik dan melumpuhkan musuh yang terkena. Bola tenaga lain kemudian akan berpecah-belah dan menyerang musuh yang berhampiran (mengutamakan wira musuh), mengakibatkan Kerosakan Magik dan melumpuhkan mereka.
[Clint] (↑)
Kami mahu meningkatkan keupayaan membersihkan laluan darilada Clint tetapi sikit mengurangkan kerosakannya apabila mencapai satu sasaran dengan semua peluru.

Teknik 1 (~)
Bilangan Serangan Fizikal tambahan: 95% → 85%.
Selepas Kerosakan Peluru: Empat peluru terakhir mengakibatkan 11%-21% daripada kerosakan awal → peluru ke-2 mengakibatkan 30-55% daripada kerosakan awal, sementara ke-3 sehingga ke-5 mengakibatkan 5% daripada kerosakan awal.

Serangan Asas (↑)
Julat Serangan: 4.5 → 4.8.

Serangan Asas yang ditingkatkan (↑)
Mengoptimakan pengalaman kawalan.
[Moskov] (↑)
Serangan Asas (↑)
Julat Serangan: 4.2 → 4.4.
Membaiki masalah di mana julat serangan asas yang ditingkatkan sikit lebih rendah daripada serangan asas biasa.

Teknik 1 (↑)
Kos Mana: 60-85 → 45-70.

Teknik 2 (↑)
Julat Teknik: 4.2 → 4.4.
Kerosakan Awal: 140-240 + 40% Bilangan Serangan Fizikal → 400-550 + 60% Bilangan Serangan Fizikal.
Kerosakan Tambahan: 210-360 + 60% Bilangan Serangan Fizikal → 200-275 + 30% Bilangan Serangan Fizikal.
Tampoh pegun apabila sasaran bertembung dengan wira/halangan lain: 1.5s.

Muktamad (↑)
Musuh di belakang sasaran utama juga akan diperlahankan.
Kesan Perlahan: 80% untuk 0.8s → 30%-90% untuk 1.5s (menimbang dengan julat lemparan tombak).
[Irithel] (↑)
Serangan Asas (↑)
Julat Serangan: 4.9 → 5.2.
Membaiki masalah di mana kerosakan Irithel lebih rendah apabila dia menyerang semasa bergerak. Irithel kini akan terus menyerang secara automatik semasa bergerak.

Teknik 2 (↑)
Meningkatkan kelajuan pelancaran.
Julat teknik meningkat sebanyak 20%.
[Hanabi] (↑)
Teknik 1 (↑)
Nisbah Kerosakan daripada Lantunan Pertama: 50% → 40%. Teknik 2 (↓)
Cooldown: 12-7s → 8-6s.
Kerosakan Asas: 400-500 → 450-600.
Membaiki masalah di mana kerosakannya lebih rendah daripada terhadap wira musuh.
Membaiki masalah di mana kerosakan digandakan terhadap objek yang diseru.

Muktamad (↑)
Kerosakan Asas: 400-600 → 600-800.
[Brody] (↑)
Serangan Asas (↑)
Julat Serangan: 4.6 → 4.9.
Kerosakan: 130% Bilangan Serangan Fizikal + 30 * Lv.Wira → 140% Bilangan Serangan Fizikal + 35 * Lv.Wira.

Muktamad (↓)
Kerosakan bagi setiap timbunan: 170-290 + 90% Serangan Fizikal Tambahan → 102-174 + 54% Serangan Fizikal Tambahan.

Pasif (↓)
Abyss Mark kini tak lagi boleh digunakan kepada Creep.
[Karrie] (↑)
Teknik 1 (~)
Bola akan berhenti selepas terkena wira musuh.

Muktamad (↑)
Nisbah Kerosakan Lightwheel: 50%-56% → 55%-65%.
[Wanwan] (↑)
Pasif (↑)
Kerosakan Tambahan kepada wira musuh apabila semua Kelemahan mereka dilanda: 30% → 40%.

Muktamad (↓)
Kerosakan Asas: 60-90 → 55-85.
[Claude] (~)
Kami mahu meningkatkan keupayaan penjarian Claude tetapi kami bakal mengurangkan kelajuan farm-nya semasa dekat Jungle.

Teknik 1 (~)
Menyerang Creep kini tak lagi memberikan dua timbunan tambahan.
Timbunan Maksima: 10 → 5.
Kesan setiap Timbunan: 2%-4% → 3%-6%.
[Yu Zhong] (~)
Kami mahu memberikan lebih banyak ruang kepada wira lawan semasa berlawan dengan Yu Zhong. Sebagai pampasan, kami juga meningkatkan kerosakan daripada Yu Zhong untuk pertempuran julat dekat.

Teknik 1 (↑)
Kerosakan Asas: 200-380 → 250-400.

Muktamad (↓)
Mengeluarkan kesan tolakkan dalam bentuk Black Dragon.
[Chou] (~)
Kami mahu memberikan lebih banyak ruang kepada wira lawan semasa berlawan dengan Chou. Sebagai pampasan, kami meningkatkan keupayaan Chou untuk melintasi halangan.

Pasif (~)
Cooldown daripada 'Shunpo' kini hanya akan diset semula apabila pelancaran ketiga terkena wira musuh.
Membaiki masalah di mana julat penunjuk tak sepadan dengan julat sebenar.
Mengoptimakan penentu julat Blink sehingga Chou kini boleh melintasi halangan yang lebih luas.
[Floryn] (↓)
Teknik 1 (~)
Pengembalian HP: 200-400 + 80% Kuasa Magik → 125-200 + 60% Kuasa Magik + 5% HP yang Hilang.

Teknik 2 (↓)
Bonus Kuasa Magik: 120% → 90%.

Muktamad (~)
Bilangan Pelancaran: 5 → 2.
Kesan Baharu: Selepas Tanglung berkembang, juga secara senyap bakal melumpuhkan musuh yang dilanda.
Kerosakan: 200-260 + 40% Kuasa Magik → 300-390 + 60% Kuasa Magik.
Pengembalian HP: 200-260 + 20% Kuasa Magik → 500-650 + 50% Kuasa Magik.
[Aamon] (~)
Kami yakin kumpulan teknik Aamon masih mempunyai ruang untuk pengoptimaan dan dengan demikian, kami akan terus membuatkan penyelarasan cubaan kepadanya.

Pasif (~)
Kesan Baharu: Pada timbunan Pasif maksima, Serangan Asas seterusnya secara automatik bakal menembakkan semua Malefic Blades kepada sasaran, mengakibatkan kerosakan.
Kesan Baharu: Selepas mengakibatkan kerosakan, Malefic Blades akan meninggalkan Demonic Blades di tanah, yang boleh diambil oleh Aamon untuk timbunan.

Muktamad (~)
Menggabungkan operasi untuk memasuki keadaan Tak Nampak dan mengakibatkan kerosakan kepada sasaran.
[Kagura Diubahsuai] (↓)
Penyelarasan kepada Teknik 1 dan Muktamad Kagura pada patch yang sebelumnya sangat berlebihan, jadi kini kami menyelaraskan semula nilai daripada kerosakan teknik Kagura.

Teknik 1 (↓)
Kerosakan Asas: 330-605 → 330-530.

Muktamad (~)
Kerosakan Asas ketika guna Seimei Umbrella: 260-400 → 360-500.
Kerosakan Serangan Kedua apabila tak guna Seimei Umbrella: 450-650 + 180% Kuasa Magik → 400-600 + 145% Kuasa Magik.
Membaiki masalah di mana kerosakan yang diakibatkan ketika tak guna Seimei Umbrella lebih rendah dalam kes tertentu.
[Mathilda] (↓)
Kami mahu memberikan lebih banyak ruang kepada lawan semasa berlawan dengan Mathilda.

Muktamad (↓)
Teknik Meluru kini tak lagi boleh mengunci musuh, tetapi kawasan awal mereka.
II. Wira Percuma Mingguan & Skin-skin Baharu
1. Wira Percuma.
Masa Server 13/8/2021 05:01:00 sehingga 20/8/2021 05:00:00
8 Wira Percuma:
Bane
Luo Yi
Akai
Angela
Aurora
Carmilla
Terizla
Badang
6 Wira Tambahan Ahli Starlight:
Lolita
Aldous
Vexana
Claude
Ruby
Moskov
III. Penyelarasan Medan Pertempuran
[Peralatan]
1. Hunter Strike (~)
Peningkatan Kelajuan Pergerakan Maksima: 60% → 50%.
Cooldown: 10s → 8s.
2. War Axe (↓)
Peningkatan Kelajuan Pergerakan pada Timbunan Maksima: 20% → 15%.
3. Genius Wand (↓)
Penembusan Magik: 12 → 10.
4. Arcane Boots (↓)
Penembusan Magik: 12 → 10.
[Lain-lain]
1. Lolita boleh melancarkan Flicker secara langsung semasa meng-caj Muktamad.


Penyelarasan medan pertempuran berikut ialah kandungan untuk musim baharu pada bulan September dan tak akan dikeluarkan dalam patch Original Server seterusnya.
[Mantera Pertempuran]
1. Regen
Kesan pengembalian HP tak akan terganggu oleh serangan Minion dan Creeps.
2. Flicker
Julat Berkelip: 3.8 → 3.5.
Cooldown: 120s → 105s.
[Emblem]
1. Custom Emblem Marksman
Mengubah bakat kedua peringkat kedua.
Penguasaan: Pengurangan CD + 5% → Ketangkasan: Kelajuan Pergerakan + 6%.
[Lain-lain]
1. Melalui penyelarasan berikut, kami mahu memberikan beberapa Wira Tank untuk kemampuan jungling yang sesuai dan mengurangkan kebolehan jungling Wira Marksman yang paling banyak tanpa mempengaruhi sebahagian besar kelajuan jungling Wira lain untuk menambah pelbagai pilihan wira semasa.
a. Meningkatkan HP Creep dengan peratusan tertentu.
b. Kerosakan yang diakibatkan oleh teknik 'Hunter' darilada peralatan Kasut Jungling juga akan meningkat mengikut HP maksima Wira.
c. Wira yang bukan Marksman boleh mengakibatkan kerosakan yang ditingkatkan guna teknik 'Hunter'.
2. Pengurangan Kerosakan daripada Menara Luar terhadap serangan julat jauh ketika Tenaga Perisai aktif: 60% → 30%.
IV. Pembaikan Pepijat
1. Membaiki masalah di mana kesan gangguan daripada kesan Muktamad Alpha berbeza dengan yang kesan lainnya yang berlaku.

2. Membaiki masalah apabila guna teknik kelip semasa menembak peluru keenam akan menyebabkan Pasif Granger kehilangan kesan.

3. Membaiki masalah di mana kesan teknik ditunjukkan dengan tak betul semasa Kimmy guna Teknik 1 semasa melakukan transformasi.

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2021-12-4 01:17 PM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list