Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 230|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.6.10 (Advanced Server)

[Copy link]
Post time 2021-8-20 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Nota Patch 1.6.10
(Advanced Server)
[Daripada Pereka]
Kami telah mengembalikan penyelarasan untuk musim baharu pada bulan September, termasuk peningkatan jangkauan Menara yang telah dikeluarkan sebelumnya, dan lain-lain. Sementara itu, kerana "Mythic Battlefield" akan dilepaskan di server rasmi, keperluan kedudukannya dalam Mod Ranked telah diubah dari Elite dan ke atas kepada Mythic sahaja.
I. Wira Diubahsuai
[Hayabusa, Crimson Shadow]
Hayabusa yang diubahsuai sebelumnya telah disekat buat sementara di dalam Advanced Server. Hayabusa yang diubahsuai terbaharu kini tersedia untuk percubaan percuma tetapi tak boleh guna skin-nya semasa ujian ini. Maaf atas kesulitan ini.
Ciri Wira: Seorang Crimson Assassin yang tak meninggalkan jejak.

Pasif - "Ninjutsu: Trace of Shadow":
Kerosakan daripada Serangan Asas, Teknik 1, dan Teknik 2 Hayabusa bakal meningkat untuk setiap timbunan Shadow Mark pada sasaran.

Teknik 2 - "Ninjutsu: Quad Shadow": Mengoptimakan peluruan dan kelajuan pelancaran bayangan dan mekanik perlanggaran antara bayangab dan halangan.

Muktamad - "Ougi: Shadow Kill": Meningkatkan bilangan serangan pada lewat permainan, dan serangan yang kini akan mengutamakan sasaran dengan sasaran yang bertanda Pasif dan akan guna tanda itu untuk mengakibatkan kerosakan tambahan.
II. Penyelarasan Wira
[Yve] (↑)
Kami memutuskan bahawa penyelarasan berikut kena disahkan dalam tempoh masa yang lebih lama.

Muktamad (↑)
Teknik Muktamad tak boleh diganggu oleh kawalan yang bukan kesan suppression (iaitu, dikembalikan kepada server rasmi).
[Argus] (~)
Kami memutuskan bahawa penyelarasan berikut kena disahkan dalam tempoh masa yang lebih lama.

Muktamad (~)
Masih memberikan Serangan Fizikal kekal, bukannya Serangan Fizikal tambahan semasa teknik itu aktif (iaitu, dikembalikan kepada server rasmi).
III. Wira Percuma Mingguan & Skin-skin Baharu
[Skin Baharu]
1. Skin Wira baharu Aulus "Berserker" balal tersedia bermula pada 31hb Ogos untuk 269 Berlian. DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

2. Skin baharu Pharsa "Peony Bloom" akan tersedia sebagai Skin Starlight bulan September pada 1hb September.

3. Skin Moskov "Twilight Dragon" telah direka semula sepenuhnya dan akan segera tersedia lagi.
[Penyelarasan Kedai Fragment]
Penyelarasan di dalam Kedai Fragment pada 24hb Ogos (Masa Server)
1. Kedai Fragment Skin Premium
Bakal ada: Lolita "Soldier in Training", Cyclops "Zombie Bambino".
Bakal dikeluarkan: Lapu-Lapu "Ancestral Blade", Eudora "Countess Scarlet".
2. Kedai Fragment Skin Rare
Bakal ada: Karrie "Dragon Queen", Angela "Shanghai Maiden", Gusion "Cyber ​​Ops", Lancelot "Masked Knight", Thamuz "Liquid Fire".
Bakal dikeluarkan: Alice "Steam Glider", Clint "Rock and Roll", Argus "Dark Draconic", Gatotkaca "Mighty Guardian", Akai "Monk".
3. Kedai Fragment Wira
Bakal ada: X.Borg, Pharsa, Aldous, Granger, Uranus, Beatrix.
Bakal dikeluarkan: Lunox, Luo Yi, Argus, Benedetta, Zhask, Guinevere.
[Wira Percuma]
Masa Server 20/8/2021 05:01:00 sehingga 27/8/2021 05:00:00
8 Wira Percuma:
Alpha
Gusion
Johnson
Lancelot
Valir
Popol & Kupa
Vale
Masha
6 Wira Tambahan Ahli Starlight:
X.Borg
Karrie
Gloo
Hayabusa
Granger
Martis
[Magic Chess]
1. Little Commander baharu "Tharz" akan tersedia bermula pada 17hb September untuk 499 Berlian. 24,000 BP. DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

2. Skin Tharz "Poltergeist" akan tersedia bermula pada 17hb September untuk 269 Diamonds. DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

3. Little Commander baharu "Tharz" dan skin-nya "Poltergeist" bakal dipakejkan dan tersedia bermula pada 17hb September. DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.
IV. Pembaikan Pepijat & Pengoptimaan Permainan
1. Membaiki masalah di mana Paquito mungkin tak mendapat timbunan Pasif jika dia terganggu semasa dia guna Muktamad.

2. Membaiki masalah di mana Johnson masih boleh guna 'Nitrous' ketika dia tak berada dalam bentuk kereta lagi.

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Edited by Ncup.Ajh at 2021-8-20 10:41 AM

You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2021-12-3 10:07 PM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list