Mobile Legends: Bang Bang

 Forgot password?
 Register now.
View: 232|Reply: 0
Collapse the left

[Kemaskini] NOTA PATCH 1.6.10 (Original Server)

[Copy link]
Post time 2021-8-26 04:20 AM | Show all posts |Read mode
Nota Patch 1.6.10
(Original Server)
I. Wira Baharu & Wira Diubahsuai
Wira Baharu [Aulus, Warrior of Ferocity]
Ciri Wira: Seorang fighter garang yang boleh jadi lebih kuat semasa dia bertarung. Dengan kuasa yang boleh dibuka pada level tinggi, Aulus memiliki kemampuan untuk menguasai medan pertempuran pada lewat permainan.
Aulus bakal bermula tersedia pada 31 Ogos. DISKAUN 30% Berlian pada minggu pelancaran.

Pasif - "Fighting Spirit":
Serangan Asas daripada Aulus bakal menambahkan timbunan 'Fighting Spirit' untuk kapaknya, meningkatkan serangan fizikal dan penembusan fizikalnya, sehingga 4 timbunan. Aulus juga memperoleh Kelajuan Pergerakan dan Kerosakan Serangan Asas tambahan pada timbunan penuh.

Teknik 1 - "Aulus, Charge!": Apabila Teknik ini ditahan, Aulus memperoleh Kelajuan Pergerakan dan Pengurangan Kerosakan tambahan terhadap serangan dari hadapan. Apabila Teknik dilepaskan sebelum tempoh berakhir, Aulus akan melancarkan kemarahannya dan menghancurkan tanah, menyebabkan kerosakan kepada musuh berhampiran dan memperlahankannya.

Teknik 2 - "The Power of Axe": Aulus mengacungkan kapaknya, menyebabkan kerosakan kepada musuh di kawasan berbentuk kipas. Setiap serangan kepada musuh yang bukan-minion bakal membolehkannya untuk melakukan sebilangan Serangan Asas yang ditingkatkan (sekurang-kurangnya 1 jika tak ada musuh yang bukan-minion yang terkena). Aulus memperoleh Kelajuan Serangan tambahan ketika melakukan Serangan Asas yang ditingkatkan dan mengembalikan HP.

Muktamad - "Undying Fury": [Pasif]: Setiap kali Muktamad ditingkatkan, Aulus bakal membuat beberapa bahagian untuk kesan kapaknya:
[Blade Craft]: Meningkatkan Kerosakan daripada Serangan Asas Aulus secara kekal.
[Hammer Craft]: Meningkatkan kesan Lifesteal Fizikal Aulus secara Kekal.
[Handle Craft]: Meningkatkan Julat Serangan Aulus secara kekal dan julat Teknik 2.
[Aktif]: Aulus mengacungkan kapaknya dan menghentamnya ke tanah, menyebabkan kerosakan kepada musuh dalam satu barisan dan meninggalkan laluan yang terbakar di tanah. Musuh yang berlalu-lalang di atasnya akan menerima kerosakan dan diperlahankan.
Wira Diubahsuai [Kimmy, Jetpack Rebel]
Kami telah mengoptimakan pengalaman permainan daripada Serangan Asas Kimmy, ianya kini boleh memberikan kerosakan dan prestasi pertempuran yang lebih stabil.
Pasif - "Chemist's Instinct":
Apabila butang Serangan Asas ditekan, penunjuk kekal akan nampak untuk membantu anda membidik.
Mengoptimakan paparan butang Serangan Asas sehingga ia menghalangi lebih sedikit butang Teknik dan skrin.
Menyelaraskan kesan khas daripada Serangan Asas sehingga lebih sesuai dengan penentu serangan yang sebenar.
Menyelaraskan dua jenis daripada perolehan Lifesteal Serangan Asas dan bonus peralatan .

Teknik 1 - "Energy Transformation":
Membaiki masalah di mana julat kerosakan daripada Serangan Asas yang ditingkatkan lebih kecil daripada Serangan Asas biasa.
Menyelaraskan kesan khas daripada Serangan Asas yang ditinglatkan supaya ianya lebih sesuai dengan penentu serangan sebenar.
Mengurangkan kos tenaga.
Meningkatkan frekuensi serangan.
II. Penyelarasan Wira
[Aldous] (~)
Terdapati jurang yang besar antara keupayaan kerosakan daripada Aldous di awal dan lewat permainan, dan dia sukar untuk dilawan sepenuhnya. Dalam penyelarasan ini, kami mengoptimakan Teknik 1-nya sehingga dia boleh memperolehi timbunan dan mencapai sasaran dengan senang, dan formula pengiraan perisai daripada Pasifnya untuk membuatkan ianya kurang bergantung pada Serangan Asasnya yang ditingkatkan. Sebaliknya, kami sikit melemahkan Teknik 2 dan Muktamadnya sehingga pemain lawan boleh melawannya dengan lebih senang.

Teknik 1 (↑)
Mengoptimakan kelajuan serangan, sehingga kini boleh menyerang musuh yang bergerak pantas dengan lebih senang.
Timbunan Soul Steal tambahan yang diperolehi selepas membunhh musuh bukan wira: 1 → 2.

Teknik 2 (↓)
Mengeluarkan kesan kekebalan daripada serangan asas.
Pengurangan Kerosakan: 50% → 30%.

Muktamad (↓)
Sikit mengurangkan masa daripada serangan.

Pasif (~)
Nilai Perisai: Pencetusan Kerosakan Serangan Asas → 500 + 3 * Kiraan timbunan Soul Steal
[Karina] (↑)
Kami mahu meningkatkan sikit kadar prestasi daripada Karina dalam perlawanan kedudukan tinggi sambil mengekalkan mekanik Tekniknya sekarang ini.
Pasif (↑)
Pengurangan Cooldown untuk Teknik 1 & 2: 1s → 1.5s.

Teknik 1 (↑)
Kerosakan Asas: 160-260 → 180-255.

Muktamad (↑)
Cooldown: 42-34s → 34-26s.
[Kaja] (↑)
Kami mahu Kaja lebih menyerupai seorang Wira Fighter dari segi mekanik teknik, jadi kami memperkuat keupayaan pertempurannya yang berterusan selepas dilemahkan pada patch sebelumnya.

Atribut (↑)
Pertahanan Fizikal Asas: 16 → 21.

Pasif (↑)
Kesan Baharu: Serangan Asas yang ditingkatkan kini boleh mengembalikan HP.

Teknik 1 (↑)
Kesan Baharu: Menyerang Minion kini juga boleh mengurangkan cooldown daripada Pasif sebanyak 0.3s.

Teknik 2 (~)
Cooldown: 13-11s → 13-10s.
Bonus Kuasa Magik: 120% → 80%.

Muktamad (↓)
Pengurangan Pertahanan Magik: 10-30 → 10-20.
Mengeluarkan Penembusan Pertahanan Magik.
[Pharsa] (↑)
Kerosakan Asas daripada Pasif tak boleh meningkat mengikut level wira, jadi kami membuatkan beberapa penyelarasan ini. Kami juga mahukan untuk Teknik 2-nya boleh dilancarkan lebih kerap.

Pasif (↑)
Bonus Kuasa Magik: 80% → 100%.

Teknik 2 (↑)
Cooldown: 6.5s → 5s.
[Valir] (↑)
Sebagai seorang Mage, Valir mestinya boleh membersihkan lorong dengan lebih pantas.

Teknik 1 (↑)
Kesan Baharu: Membunuh Minion dan Creep guna Teknik 1 kini juga memberikan caj.
[Alpha] (↑)
Atribut (↑)
Pertahanan Fizikal Asas: 20 → 25.

Teknik 2 (↑)
Cooldown: 7-4s → 6-4s.
[Saber] (↓)
Pasif (↓)
Pengurangan Pertahanan Fizikal: 7 → 5-8 (menimbang dengan level).
[Harley] (↓)
Teknik 1 (↓)
Kerosakan Asas: 150-230 → 130-210.
[Natan] (~)
Natan boleh menggandakan bilangan Penembusan. Walaupun keuntungannya tak nyata atau bahkan tak ada, ianya mungkin terlalu berkuasa dalam beberapa kes tertentu. Kami juga sikit meningkatkan pengalaman pelancaran Muktamad semasa.

Pasif (↓)
Natan boleh menukar Penembusan Fizikalnya kepada Penembusan Magik pada kadar 75%.

Muktamad (↑)
Sikit meningkatkan julat pelancaran.
Sikit mengurangkan julat pembatalan.
Kesan Baharu: Pengembalian mata timbunan daripada mengikut tempoh teknik yang tersisa.
[X.Borg] (↓)
Pasif (↓)
Tenaga yang dijana semasa mengambil Bekalan Firaga ketika Tanpa Armor: 15 → 10.
[Balmond] (↓)
Prestasi penggunaan Balmond yang baharu sikit melebihi jangkaan kami, jadi kami mengurangkan kesan pengembalian HPnya.

Pasif (↓)
Pengembalian HP Maksima selepas membunuh Minion atau Creep: 8% → 5%.
[Sun] (~)
Sun kini boleh berterusan mengganggu musuh-musuhnya dengan guna Doppelgangernya, jadi tentunya musuh kena mendapat ganjaran kerana membunuh Doppelganger daripada Sun. Tetapi ganjaran semasa mungkin sikit terlalu tinggi, jadi kami membuatkan beberapa penyelarasan ini.

Atribut (~)
Ganjaran kerana membunuh Doppelganger Sun telah dikurangkan, tetapi ganjaran emas pada pertengahan dan lewat permainan sikit meningkat.
[Fanny] (↑)
Teknik 1 (↑)
Kerosakan Asas: 280-480 → 320-520.
Bilangan Serangan Fizikal tambahan: 90% → 80%.
[Granger] (↑)
Kami mahu pelancaran Muktamad Granger lebih fleksibel untuk bersesuaian dengan situasi yang berbeza.

Muktamad (↑)
Muktamad Granger kini boleh dibatalkan secara aktif, dan cooldown yang sesuai akan dikembalikan.
Begitu juga, apabila Granger dipengaruhi oleh kesan kawalan atau dibunuh, Muktamad juga akan terganggu dan mengembalikan cooldown yang sesuai
[Belerick] (↑)
Teknik 1 (↑)
Membaiki masalah di mana kawasan kesan daripada serangan taunting kedua lebih kecil daripada penunjuk.
III. Wira Percuma Mingguan & Skin-skin Baharu
[Skin Baharu]
1. Skin Wira baharu Aulus "Berserker" balal tersedia bermula pada 31hb Ogos untuk 269 Berlian. DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

2. Skin baharu Pharsa "Peony Bloom" akan tersedia sebagai Skin Starlight bulan September pada 1hb September.

3. Skin Moskov "Twilight Dragon" telah direka semula sepenuhnya dan akan segera tersedia lagi.
[Penyelarasan Kedai Fragment]
Penyelarasan di dalam Kedai Fragment pada 24hb Ogos (Masa Server)
1. Kedai Fragment Skin Premium
Bakal ada: Lolita "Soldier in Training", Cyclops "Zombie Bambino".
Bakal dikeluarkan: Lapu-Lapu "Ancestral Blade", Eudora "Countess Scarlet".
2. Kedai Fragment Skin Rare
Bakal ada: Karrie "Dragon Queen", Angela "Shanghai Maiden", Gusion "Cyber ​​Ops", Lancelot "Masked Knight", Thamuz "Liquid Fire".
Bakal dikeluarkan: Alice "Steam Glider", Clint "Rock and Roll", Argus "Dark Draconic", Gatotkaca "Mighty Guardian", Akai "Monk".
3. Kedai Fragment Wira
Bakal ada: X.Borg, Pharsa, Aldous, Granger, Uranus, Beatrix.
Bakal dikeluarkan: Lunox, Luo Yi, Argus, Benedetta, Zhask, Guinevere.
[Wira Percuma]
Masa Server 27/08/2021 05:01:00 sehingga 03/09/2021 05:00:00
8 Wira Percuma:
Luo Yi
Argus
Thamuz
Khaleed
Wanwan
Dyrroth
Minotaur
Silvanna
6 Wira Tambahan Ahli Starlight:
Yi Sun-shin
Hylos
Natalia
Alucard
Jawhead
Claude
Masa Server 03/09/2021 05:01:00 sehingga 10/09/2021 05:00:00
8 Wira Percuma:
Gatotkaca
Valir
Pharsa
Diggie
Guinevere
Chang'e
Popol & Kupa
Atlas
6 Wira Tambahan Ahli Starlight:
Brody
Faramis
Harley
Lapu-Lapu
Aurora
Rafaela
Masa Server 10/09/2021 05:01:00 sehingga 17/09/2021 05:00:00
8 Wira Percuma:
Carmilla
Leomord
Irithel
Martis
Gatotkaca
Dyrroth
Minotaur
Baxia
6 Wira Tambahan Ahli Starlight:
Chang'e
Pharsa
Belerick
Minsitthar
Kimmy
Esmeralda
Masa Server 17/09/2021 05:01:00 sehingga 24/09/2021 05:00:00
8 Wira Percuma:
Baxia
Cyclops
Alpha
Helcurt
Terizla
Johnson
Thamuz
Fanny
6 Wira Tambahan Ahli Starlight:
Selena
Barats
Lesley
Benedetta
Uranus
Franco
[Magic Chess]
1. Little Commander baharu "Tharz" akan tersedia bermula pada 17hb September untuk 499 Berlian. 24,000 BP. DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

2. Skin Tharz "Poltergeist" akan tersedia bermula pada 17hb September untuk 269 Diamonds. DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.

3. Little Commander baharu Tharz dan skin-nya "Poltergeist" bakal dipakejkan dan tersedia bermula pada 17hb September. DISKAUN 30% Berlian pada Minggu Pelancaran.
IV. Pembaikan Pepijat & Pengoptimaan Permainan
[Mythic Battlefield]
Kami mendapati perbezaan yang ketara dalam kebolehan antara pemain dari pelbagai kedudukan dan tahap Emblem mereka. Oleh itu, guna set nilai yang sama menjadi kurang sesuai untuk persekitaran medan pertempuran yang begitu kompleks.
Sehubungan dengan itu, kami telah memutuskan untuk menimbangkan peraturan kejohanan sukan tradisional (di mana perubahan dibuatkan pada peraturan perlawanan yang berbeza dalam sukan yang sama), untuk memberikan pengalaman yang lebih baik bagi pemain dari setiap kedudukam. Oleh itu, nilai-nilai medan pertempuran akan diselaraskan mengikut kedudukan pemain yang berbeza.

Pertama, kita akan menetapkan Mod Kejohanan dan Mod Ranked Mythic selain daripada mod 5v5 yang lain. Semasa mengambil bahagian dalam perlawanan Kejohanan dan Ranked Mythic, anda akan memasuki "Mythic Battlefield" yang baharu, di mana Menara, Creep, Minion dan unsur-unsur lain akan sikit berbeza daripada mod lain.
Kami akan terus menimbangkan perubahan yang lebih khusus kepada lebih banyak kedudukam pada masa akan datang. Kami harapkan bahawa melakukannya tak akan mempengaruhi permainan inti, dan perubahan ini sebaliknya akan menjangkau kumpulan sasaran dengan berkesan tanpa mempengaruhi pemain lain.
Dalam Mod Ranked, sama ada pasukan ditugaskan untuk "Mythic Battlefield" ditentukan oleh pemain dengan kedudukan tertinggi dalam pasukan.

Kami juga menambahkan butang ke lobi Mod Custom untuk akses senang.
Sementara itu, anda boleh tengok butiran penyelarasan daripada Mythic Battlefield melalui "Gambaran Keseluruhan Battlefield - Mythic Battelfield".
Dua penyelarasan berikut hanya berlaku untuk "Mythic Battlefield":
1. Pengurangan Kerosakan untuk wira sepasukan yang berhampiran apabila Perisai Tenaga daripada Menara terluar Lorong Emas aktif: 15% → 25%.
2. HP Menara Dalam: 5500 → 6000.
[Peralatan]
1. Favor (~)
Kami perhatikan bahawa prestasi Favor sikit melebihi jangkaan semasa melawan kerosakan burst, walaupun kuasa keseluruhan masih berpatutan.
Cooldown: 15s → 10s.
Kesan Penyembuhan: 480-1200 → 360-900.
2. Encourage (↓)
Kesan daripada Encourage masih mempunyai kelebihan yang jelas dalam pertempuran.
Peningkatan Atribut: 13-33 → 12-30.
3. Hunter Strike (~)
Peningkatan Kelajuan Pergerakan Maksima: 60% → 50%.
Cooldown: 10s → 8s.
4. War Axe (↓)
Peningkatan Kelajuan Pergerakan pada Timbunan Maksima: 20% → 15%.
5. Genius Wand (↓)
Penembusan Magik: 12 → 10.
6. Arcane Boots (↓)
Penembusan Magik: 12 → 10.
V. Acara Baharu
[MLBB x Transformers Dimulakan]
1. Acara "Transformers: Battle Paint":
MLBB x Transformers Skins, Optimus Prime, Bumblebee, dan Megatron tersedia untuk masa yang terhad!
a. Sertailah dalam acara ini untuk mencabut skin Transformers dan banyak hadiah lain.
b. Acara ini terbahagi kepada empat pusingan. Anda boleh menuntut Energon Spray percuma di setiap pusingan! Diskaun 50% untuk cabutan 1X dan 10+1X akan diperbaharui di setiap pusingan baharu.
Pusingan Pertama (24 - 30 Ogos): Semua debut skin Transformers - semua Transformers Spray boleh dituntut dari kumpulan hadiah dengan kadar penurunan yang sama. Hanya selama 7 hari!
Pusingan Dua (31 Ogos - 27 September): Gelanggang Rumah Bumblebee - Pada Gelanggang rumah Bumblebee, kadar penurunan Bumblebee Spray meningkat.
Pusingan Tiga (28 September - 25 Oktober): Gelanggang Rumah Megatron - Pada gelanggang rumah Megatron, kadar penurunan Megatron Spray meningkat.
Pusingan Empat (26 Oktober - 22 November): Gelanggang Rumah Optimus Prime - Pada gelanggang rumah Optimus Prime, kadar penurunan Optimus Prime Spray meningkat.
c. Setiap skin Transformers sepadan dengan enam Transformers Spray yang berbeza.
Kumpulkan semua enam untuk mendapatkan skin Transformers yang sesuai. Transformers Spray boleh diperolehi melalui cabutan dan Pertukaran.
d. Anda boleh menukar Transformers Spray kepada Energon Spray melalui "Bengkel - Tukar", yang boleh ditukar dengan pelbagai ganjaran di dalam pertukaran.
e. Anda boleh menuntut sebilangan besar Energon Spray selepas bilangan cabutan anda mencapai nombor tertentu.
2. "Autobots vs Decepticons" Bermula!
Semasa acara berlangsung, anda boleh log masuk atau melengkapkan tugasan untuk mengumpulkan Energon Cubes dan menambah mata untuk Autobots atau Decepticons untuk memenangi banyak ganjaran, emote dan sempadan avatar eksklusif faksi!
Anda juga akan mendapat ganjaran penyelesaian di akhir acara tanpa mengira puak anda, sementara hadiah bonus akan diberikan kepada mereka dari puak dengan mata yang lebih tinggi!
VI. Penyelarasan Sistem
1. Petua ikon kesan ditambah untuk beberapa peralatan.

2. Mengoptimakan kesan paparan daripada butang Serangan Asas Kimmy.

3. Menambah penapis Classic + Ranked dalam statistik Battlefield.
VII. Pembaikan Pepijat & Pengoptimaan Permainan
1. Membaiki masalah di mana pembunuh Lord dihitung tak betul dalam beberapa kes.

2. Membaiki masalah di mana Lord yang ditingkatkan kadangkala akan menyerang menara lain di lorong lain. Lord yang ditingkatkan kini hanya akan menyerang menara di lorong semasa.

3. Menyelaraskan jenis kerosakan daripada Serangan Asas Beatrix guna Wesker. Kini Kerosakannya menjadi huru-hara (iaitu, Beatrix boleg mencetuskan kesan perlahan yang lebih tinggi apabila dilengkapi dengan peralatan Corrosion Scythe tetapi tak boleh mencetuskan kesan "Weakness Finder" daripada Emblem Marksman).

4. Membaiki masalah di mana julat kerosakan dari dua serangan Teknik 1 Belerick tak konsisten (sikit mengurangkan julat kerosakan serangan pertama dan sikit meningkatkan serangan kedua).

5. Membaiki masalah di mana Paquito mungkin tak mendapat timbunan Pasif jika dia terganggu semasa guna Muktamad.

6. Membaiki masalah di mana Johnson masih boleh guna 'Nitrous' ketika tak berada dalam bentuk kereta.

7. Membaiki masalah di mana teknik musuh tak boleh terkunci dengan betul kepada wira yang terdedah semasa keadaan Tak Nampak.

8. Membaiki masalah di mana musuh yang menyerang Demon Pneuma Hanzo tak akan menarik perhatian daripada serangan menara.

9. Membaiki masalah di mana selepas terkena Muktamad Silvanna, Lesley masih boleh diserang guna Teknik 1 yang diaktifkan.

10. Mengoptimakan mekanik butang Tambah Emas daripada Roaming di dalam Mod Latihan: Kini hanya menambah 300 kemajuan, dan kemajuannya tak akan melebihi 1500.

11. Membaiki masalah paparan Mana daripada Doppelganger Sun yang tak betul.

12. Membaiki masalah di mana Teknik 2 Diggie tak boleh mencetuskan kesan Dire Hit daripada peralatan Roaming Footwear.

13. Membaiki masalah di mana cooldown daripada Muktamad Granger tak dikembalikan mengikut Super Bullets yang tersisa ketika dia mati semasa guna Muktamad.

14. Membaiki masalah di mana paparan model Yi Sun-shin akan jatuh ketika dia recall guna Kapal Penyu miliknya.

15. Membaiki masalah di mana kesan Airborne daripada Muktamad Alpha berbeza dengan kesan Airborne yang lain.

16. Membaiki masalah di mana Kod Penguasaan Alpha tak boleh dilengkapkan dalam beberapa kes.

17. Membaiki masalah di mana permintaan Muktamad Johnson yang tersedia tak sesuai dengan keadaan cooldown sebenar.

18. Membaiki masalah di mana kesan perlahan tertentu tak boleh mencetuskan kesan Disabling Strike daripada Emblem Fighter.

19. Mengoptimakan arahan dalam situasi berikut: Pelancaran Muktamad Aldous/Angela gagal ketika menentang sasaran yang tak boleh dicapai.

20. Mengoptimakan pengalaman permainan daripada Lolita. Lolita kini boleh melancarkan dan mencetuskan Flicker sambil meng-caj Muktamad.

Sign up now, Make more friends, Enjoy with more features, Let you easily Fun Community.

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Edited by Ncup.Ajh at 2021-8-26 04:25 AM

You have to log in before you can reply Login | Register now.

Points Rules

Mobile Phone Version|Dark Room|Mobile Legends: Bang Bang Official Forum

2021-12-3 09:49 PM GMT+8

Powered by Discuz! X3.4

© 2001-2013 Comsenz Inc.

Quick Reply To Top Return to the list